Monday, December 21, 2009





Seorang sahabat pernah menegur aku supaya meng'update' blog. Katanya paling koman seminggu sekali (trimas la sapa yang jadik sahabat aku tu..hehe). Oleh kerana itu,aku mengambil keputusan untuk menulis kembali.
Aku tak pandai menulis sebenarnya, kalau yang merapu2 bolehla jugak. Bukan tak membaca, tapi sesungguhnya aku bukan penulis terbaik. Aku tak pandai menggunakan ayat 'bombastik' seperti orang lain....
Tapi apa yang aku nak kongsikan disini, aku ada terbaca satu sinopsis dalam buku milenia (bulan Jun 2008,..nampak sangat aku ni ketinggalan zaman..huhu).filem yang bertajuk " The Kite Runner". Aku belum diberi kesempatan untuk menonton filem ini tapi pada aku filem ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Filem ini diangkat dari sebuah novel karya Khaled Hosseini dan mendapat sentuhan daripada seorang pengarah muda Marc Foster. Filem ini berkisar tentang watak Amir yang merupakan seorang anak Pashtun dari kabul. Amir berkawan baik dengan Hassan, anak kepada Ali yang merupakan etnik Hazara yang bekerja dibawah babanya.
Etnik Hazara merupakan etnik yang rendah darjatnya (realiti di Afghanistan). Sesuatu telah berlaku sehingga menyebabkan Amir cuba menyisihkan Hassan dari kamus hidupnya. Ayat yang paling menarik apabila aku membaca sinopsis yang ditulis oleh S.M Zakir ini ialah "menjadi diri sendiri dalam hakikat dirinya yang sebenar". Sebenarnya bukan mudah untuk kita (dalam konteks manusia) mengenali diri sendiri. Adakalanya kita terpaksa melalui satu zaman yang akan memberi impak untuk kita kenal siapa kita. Kita selalunya akan cuba menutup ego dengan mencipta sesuatu yang lain. Mencipta dunia yang hanya kita berada didalamnya dan kita kuncikan segala-galanya tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk memasukinya....
Kita perlu mengubah mana yang sepatutnya dan memperbaiki apa yang kurang."Sesuatu yang kita benci adakalanya terbaik untuk kita dan adakalanya sesuatu yang kita cintai bukanlah yang terbaik untuk kita"
Moga Allah masih mengizinkan aku untuk berubah, mengubah dan melakukan perubahan serta mencintai perubahan yang akan datang..(^_^)Kepada sahabat2, adik2 yang dikasihi dan disayangi, maaf andai selama ini banyak melukakan hati hampa semua sepanjang tempoh perkenalan kita. Doakan aku senantiasa istiqomah dalam perjuangan ni k..

Sunday, December 6, 2009

Apa nak jadi....






Sudah lama aku biarkan blog ni bersawang..kalau blog ni ibarat rumah, aku fikir sudah lama penuh dengan habuk,tikus dan sebagainya. Apalah yang disibukkan, aku pun x tahu. memang x sempat nk update dan malas nak menulis..

apapun, doakan aku ya sahabat2...
aku nk siapkan apa yang belum siap..
tesis??? ya, itulah benda penting yang aku kena siapkan.
kalau tidak, x grad la aku....
dan banyak benda lagi...
huhu...




p/s: gambar diatas tiada kena mengena dengan tulisan ini samada hidup atau mati.

Friday, November 13, 2009

Monday, November 2, 2009

Nasihat Raja Ali Haji kepada Anaknya....

Nasihat ayahanda anakanda fikirkan

Khianat syaitan anakanda jagakan

Orang berakal anakanda hampirkan

Orang jahat anakanda jauhkan


Setengah orang fikir keliru

Tidak mengikut pengajaran guru

Tutur dan kata haru biru

Kelakuan seperti hantu pemburu


*dikesempatan ini nak mengucapkn selamat menempuh peperiksaan(^_^). buat yang terbaik......

Saturday, September 26, 2009

Renungan Pelatih Mujahid Cinta.....

Seusai tahajudku merenung lagi
siapa,ke mana diri hina ini
lama ku tertidur dalam duniaku
memandang alam sekelilingku

Beribu mujahid gugur sudah
beribu pun tampak semakin merenta
namun kebatilan tak kunjung sirna
bahkan semakin menyesakkan dunia


Kini tiba waktu tak tampilkan diri
gelisah umatku tak sabar menanti
dalam ikatan ikutlah bersemi janji
hidup dijalanNya atau mati syahid



(teks syair:Ahmad Aris Muryasani,2004)

Wednesday, September 9, 2009

DOA YANG TERLUPAKAN-UNGU

Setiap hari ku dengar kumandang azan..

Namun terkadang aku terlupa bahawa engkau sedang menyapaku untuk kembali bersujud

kepadamu...

Ya Allah....

mendengar bait2 lagu ungu(band dari seberang-Indonesia)berfikir sejenak,manusia sentiasa lupa akan pencipta iaitu Allah..tapi Allah sentiasa memberi ruang kehidupan untuk kita.

renungkan.

p/s
ambil sekerat ja lagu nih.malas nk salin smpi habis(^_^)

Sunday, August 30, 2009




“Gelap, Melati hanya melihat gelap. Hitam. Kosong. Tak ada warna…. Senyap! Melati hanya mendengar senyap. Sepi. Sendiri. Tidak ada nada….”

Melati, gadis kecil yang berusia 6 tahun. Wajahnya lucu, comel, menyenangkan, namun dia buta dan tuli sejak umurnya 3 tahun. Selama 3 tahun itu dunia Melati gelap, kosong, sepi. Dia tidak mempunyai akses mengenal dunia dan seisinya. Rasa ingin tahu yang dipendam bertahun itu akhirnya memuncak, menjadikan Melati kecewa, hampa. Dia menjadi anak yang sukar untuk dikendali. Bonda Melati dan ayahnya sudah kehabisan cara. Mereka hampir putus asa apabila akhirnya harapan itu tiba….

Karang, lelaki yang kehilangan semangat hidup setelah 18 anak didiknya mati lemas akibat kecelakaan di laut. Dia menjadi pemabuk, putus asa, tidak peduli dan sinis terhadap semua perkara. Tuhan akhirnya menemukan dia dengan Bonda seterusnya Melati. Karang memutuskan untuk membantu anak gadis yang sering hadir dalam mimpi tidurnya itu. Tapi bagaimana? Melati tidak dapat melihat! Melati tidak dapat mendengar! Bagaimana untuk menemukan caranya? Caranya! Caranya! Caranya!

Namun akhirnya, Tuhan menemukan caranya ketika butir-butir hujan menghunjam bumi. Keajaiban itu datang ketika air pancut dan titisan hujan mengalir di sela jemari kecil Melati.

“Dia mencintai kanak-kanak. Bukan kerana mereka kelihatan menyenangkan, tapi kerana menyedari janji kehidupan yang lebih baik selalu tergenggam di tangan anak-anak….”

BUKU INI...
mampu melahirkan kekuatan..moral yang ada terlalu banyak. Diharap semua dpt membaca dan mengalaminya sendiri.

Saturday, August 22, 2009

SEDARLAH.............

sahabat-sahabat....

Kita umpama si buta dan si tuli yang bencikan perubahan untuk melangkah jauh ke depan..

kita gentar untuk bertatih...

kita takut untuk jatuh...

kita tidak mahu untuk terluka...

kita adalah si buta...

si tuli...

yang sombong dengan aturan sebagai manusia

di dunia...

sedangkan bertatih,jatuh,terluka itu

perkara biasa...

bukan menyalahkan...

sekadar memberi pandangan

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN.......

Pejam celik pejam celik rupanya kita telah memasuki fasa 'bulan Ramadhan' atau lebih mudah penggunaan istilah bulan puasa. Rasanya kita masing-masing memasang niat sepanjang bulan ramadhan...

harapanku pada semua yang bergelar sahabat,..
Jadikanlah ramadhan ini sebagai ramadhan terbaik...(anda pasti lebih memahami maksudku ini).

kepada sahabat2 aku memohon jutaan kemaafan sepanjang persahabatan kita. Andai diberi ruang masa, aku akan cuba melakukan yang TERBAIK untuk kalian. Demi persahabatan kita....

"selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya,jadikan ramadhan kali ini sebagai medan pentarbiyahan kita walaupun setiap ketika kita ditarbiyah"



p/s
sebenarnya sedang membaca novel tulisan Tere-liye yg berjudul "moga bonda disayang Allah"..keluaran PTS. nanti jika ada peluang,akanku kongsi cerita ini dengan kalian..

wassalam

Tuesday, August 11, 2009

FIKIRKANLAH.....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada sesuatu yang paling disukai ALLAH selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan airmata yang keluar kerana takutkan ALLAH dan titisan darah yang tumpah didalam perjuangan di jalan ALLAH. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan ALLAH dan kesan kerana menuanikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh ALLAH."

(Hadith diriwayatkan oleh Imam at-Tarmidzi)

Wednesday, July 22, 2009

ILMU.......

Imam Syafi'i r.a mengatakan dalam kitab Al-Majmu' yg bermaksud:

"jika kamu inginkan kejayaan dunia hendaklah dengan ilmu.Jika kamu inginkan kejayaan akhirat hendaklah dengan ilmu.Dan jika kamu hendakkan kejayaan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu."

Tuesday, July 7, 2009

Mengenali tetapi tidak memahami...

sahabat....

aku mengenalinya,tahu namanya,keluarganya,serba sedikit tentang kehidupannya,apa yang dia suka dan tidak suka,makanan,minuman,buku,program kegemarannya...

tetapi..

aku tidak memahaminya
aku tidak mampu memahaminya...

Saturday, July 4, 2009

Perjalanan yang jauh...

Hidup umpama sebuah perjalanan jauh yg perlu ditempuh oleh kita. adakalanya kita mampu untuk menghadapi dugaan atau ujian tetapi adakalanya kita akan tewas dek x
tahan dgn ujian. Bukan mudah bagi mereka yg berhadapan dgn ujian yg menyesakkan
nafas dan menyakitkan kepala. segalanya bukan mudah. Apabila kita berhadapan dgn
ujian, kita akan terasa seolah-olah tiada siapa yg dapat akan memahami dan dunia
terasa begitu sempit. Kita seringkali bermonolog sendirian "kenapa aku yg ditimpa
ujian?apa yg telah aku lakukan sehingga dipaksa untuk menerima sesuatu yg bukan
kehendakku?" dan lebih dahsyat lagi bila kita menyalahkan takdir hidup dan ALLAH
kerana datangkan ujian kepada kita. kita bukanlah orang yg sepatutnya menerima semua
ini...

Sungguh, kita akan menyalahkan apa yg berlaku. bohonglah jika kita katakan yg kita
tidak akan mempersoalkan perkara ini. jika inilah yg berlaku pada diri kita,
berdoalah kepada ALLAH

" Ya ALLAH, jadikanlah aku redha menerima keputusanMu, dan berkatilah apa yg
ditakdirkan untukku sehingga aku tidak ingin mempercepat apa yg Engkau lambatkan dan
memperlambatkan apa yg Engkau segerakan"-HR IBNU UMAR.

Semoga setiap yg kita lakukan mendapat redha ALLAH. perjalanan yg jauh ini biarlah
dihiasi sejuta bunga-bunga pengalaman yg bermanfaat. Selaklah dan hayati sirah
Rasulullah SAW kerana apa yg kita lalui, sudah tersingkap didalamnya. mamahami dan
menghayati sirah itulah yg wajar kita lakukan sepertimana saranan Rasulullah kepada
sahabat yg mengadu tidak dapat menahan penyeksaan dari kaum quraisy mekah.Rasulullah
mengatakan bahawa umat islam terdahulu lebih dahsyat siksaannya berbanding yg terjadi
pada diri mereka. Rasulullah yg merupakan kekasih ALLAH juga didatangkan ujian
apatah lagi kita. Berbahagialah kita kerana ALLAH masih menyayangi kita. perjalanan
kita masih jauh. kata seorang sahabat, bila kita diuji, kita dapat menilai siapa
diri kita...

Buat sahabat seperjuangan...
"aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu...jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
maka hilanglah cintaku padamu"-IMAM NAWAWI

Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan syurga impian...

realitinya, perjalanan kita masih jauh.....


p/s

sekadar coretan, tidak bermaksud apa2..

Sunday, June 28, 2009

Nak balik KEDAH!!!

bosannya..rasa nak teriak(menangis) pun ada.baru2 ni adikku yg belajaq dikedah hantaq gambaq anak kucing. rupanya putih(nama kucing kami)selamat melahirkan anak.nak balik la.cemuih dok jauh2 ni.

nak balik jumpa mak,k.pizah,abang,abg chik dan adik.rindu kat depa.huhu

Sunday, June 21, 2009

Ukhuwah Si Wonderpet.......

Telefon..telefon berbunyi..
Telefon..kami datang
Telefon …telefon berbunyi…
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya.
Disana…..

Kadangkala sesuatu mesej tidak perlu kepada bahasa yang indah,tidak perlu rayuan juga kasih sayang. Suka untuk saya mengupas cerita yang dekat dihati..(macam iklan Tv9 plak..hehe) setiap hari pada pukul 2.30 petang. Kisah 3 sekawan yang bukannya terdiri dari manusia tetapi seekor hamster(Lenny),kura-kura(Tuck) dan anak itik(miming). Unik sungguh “team” mereka. Team ini dinamakan sebagai Wonderpet. Team ini adakalanya berbeza pendapat tetapi mereka cuba mencari titik pertemuan yang sama agar misi menyelamat mereka berjalan lancar..( wonderpet..wonderpet kami datang,selamat anak kuda yang dalam kesusahan..kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah…hei woderpet yeee).

Mengapa saya bawakan kisah ini? Jika kita lihat kepada situasi sebagai manusia yan g mana banyak kita persoalkan tentang perbezaan pendapat. Adakalanya kita tidak dapat menerima pandangan sahabat yang berbeza dari kita. Sukar untuk saya nyatakan kerana kadang2 saya sendiri berada dalam situasi ini. Tak boleh menerima pandangan sahabat,sukar menerima kritikan dan sebagainya. Tapi saya sedar yang saya perlu belajar untuk menerima sahabat yang berbeza pandangan dari saya. Saya perlu belajar menghargai, meraikan pandangan mereka, bertolak ansur dan sebagainya. Pesan seorang sahabat, “kita perlu meraikan pandangan orang lain tetapi bukan mencantas apa yang mereka fikirkan”. Oleh itu, bukalah ruang suara untuk sahabat2 lain memberikan pandangan dan meraikan pandangan mereka . moga dengan itu, bibit2 ukhuwah yang mantap seperti wonderpet akan terpancar di bumi ini.

Wednesday, June 17, 2009

Ayam oh ayam...

Tadi aku bersama2 seorang sahabat melawat projek telur ayam yang diuruskan oleh kakakku. walaupun kakakku hanya mengambil telur untuk dianalisis, tetapi dia juga bertanggungjawab untuk bela ayam..sampai aku diladang, terdetik juga di hati "macam2 perangai ayam2 ni". sabar ja la. ada yang sedang mematuk serbuk kayu, berkokok dalam reban dan sebagainya. kakakku mengalihkan guni yang berisi serbuk kayu..kami bertiga terkejut kerana dalam timbunan serbuk kayu itu terdapat tikus tetapi sudah tidak bernyawa lagi. terdapat ulat2 yg banyak..gelinya.


kakakku yang berniat untuk memberi makan kepada ayamnya terpaksa melupakan hasrat murninya itu. bercerita tentang ayam ataupun binatang2 yang dibela, mereka ini mempunyai disiplin diri yg tinggi(maksudnya ayam, lembu dll). lembu contohnya jika setiap hari diberi makan pada pukul 9, jgnlah pandai2 nak beri makan pukul 6,7,8,10 dan sebagainya. jika diberi sekalipun, mereka tidak akan makan kerana sudah biasa diajar begitu.


berbalik kepada cerita ayam, ayam yg dibela oleh kakakku terdiri dari jenis ayam kampung dan ayam daging. menurutnya juga, ayam kampung lebih lasak. ayam kampung mampu survive sendiri. berbeza dengan ayam daging yg lebih bergantung kepada 'tuan'. ayam kampung lebih lasak dari ayam daging. apa yang diceritakan bukanlah untuk mem'promosi'kan ayam kampung atau sebagainya.


apabila diamati sebenarnya, manusia juga terdiri dari jenis ayam kampung dan jenis ayam daging. aku tidak menyamakan manusia dan ayam(harap maklum). manusia juga mempunyai perangai yang berbeza. ada golongan yang mampu hidup berdikari, lasak, sabar dengan ujian dan sebagainya. begitu juga sebaliknya.


tulisan ini bukanlah untuk memuji ayam kampung atau sebaliknya. ini sekadar cerita yang tidak memberi apa2 maksud.

Friday, June 12, 2009

Nilainya Ukhuwah bila.....

Pernah dengar satu iklan kat tv,rasanya camni kot "Aiman ada kawan....( x ingat sgt tapi rasa2nya camtulaa). bukan nak cerita pasal aiman tapi nak bagitau betapa nilainya ukhuwah bila....

dapat mesej dari seorang sahabat...
" kasih sayang itu sesuatu yg pasti bila ada yg bertamu dihati
kasih sayangitu sesuatu yg suci bila hati menyayangi kerana Ilahi
kasih sayang itu sesuatu yg dinanti bila ia sesuatu yg sejati...
kasih sayang itu sesuatu yg menyinari bila iman dan taqwa bersulam dihati...
dan..
kasih sayang itu sesuatu yg mekar mewangi bila dirimu disana diredhai yg kekal abadi.

jadi, hargailah sahabat yg ada. kerana ALLAH...

Monday, May 25, 2009

~TarBiYYah "Air MaSaK"

Sepanjang melakukan kerja2 penting, dlm ‘fatrah’ cuti ni ngan segala barang2 dah disimpan dlm stor….matlamat kami hadir utk settle kerja2 Islam x kesah pasal benda2 len…..apa yg plg penting kami dapat time ‘singkat’ ni ialah ‘tarbiah air masak’…hehe…suma tegelak dgr ‘term’ ni……tp apa yg nk disampaikan bukan saja2 tp sbg ‘ibrah yg mungkin kita bleh sama2 amik n jadikan sbg penguat semangat. Sabda Rasulullah mafhumnya ‘hikmah itu benda yg hilang drpd org mu’min dimana shj kamu mendapatinya maka ambillah’ “au kama qaal” (kalau salah bleh tlg perbetul)……citanya mcm ni….drpd awai2 sampai2 msg2 pakat dahaga. Air yg ada hanya dlm botol…..bila abis msg2 pakat cari air. Alhamdulillah….ada adik ni Bg heater utk jerang air….kedai jauh nak bli air…..transport x da. Payah la….nak jalan kaki makan masa…..y mnariknya.. hmpir 80% makanan dtng drpd infaq shbt2 sama ada dlm btk makanan mahupun top up dll……alhamdulillah…….yg nak citanya…..km2 yg jarang n x selalu amalkan air masak ni t’paksa breakfast, lunch, dinner, supper sumanya ngan air masak….bantuan mknn yg agak lewat smpai di’cover’ dgn air masak yg dijerang dlm kettle…..x da Nescafe….x da tea…..x da milo(alamak boikot2)….x da AIS yg selalu jd kegemaran utk hilangkan letih SUMANYA X DA……HUHUHU…….then bermulalah ‘tarbiah air masak’…….hari2 air masak…..air masak hari2…….

Kat cni kami mula sedar yg t’siratnya….APADIA????? ……..tarbiah ni slalunya benda yg kita rasa payah…..n agak x senang bila berdepan dengannya….perit nak lalui dlm esofogus n trakea dan nk hadam dlm usus……PERIT TANPA AIS……YA DAK????? Tp ‘tarbiah’ tu la yg susah payah direntasi oleh HABIBUNA……RASULULLAH……malah lebih teruk dpd kita ni stakat tarbiah air masak…….tarbiah ni jgk sebenaqnya benda yg baik……air masak elok utjk kesihatan…..bg oksigen b’banding ais yg boleh melemahkan tubuh……..rasa sedap Nampak enak tp melambatkan gerakkerja sbb bg kesan kat badan kita…..jd cepat letih so malas…….SPT mana dalam RABBUNA ALLAH berfirman dalam surah baqarah ayat 216…….maksudnya….diwajibkan atas kamu b’perang padahal itu tidak menyenangkan bagimu tp boleh jd kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan bleh jd kamu menyukai ssuatu padahal i2 tidak baik bgmu……ALLAH MENGETAHUI SEDANGKAN KAMU TIDAK MENGETAHUI….

Kesimpulannya, bukan saja dlm program kita terima tarbiah tp tarbiah ni setiap masa hatta kat rumah sampailah di medan perjuangan………sebagaimana sabda Rasulullah ‘addabani rabbi fa ahsana ta’diibi’……’au kama qaalll’…..INGAT SESUNGGUHNYA ‘TARBIAH DARIPADA ALLAH YG TERBAIK’……lalui tarbiah dengan ‘IKHLAS DAN SABAR’ ye sahabat2…….WALLAHU A’LAMMU………semuanya ALLAH yg bg idea ni….. J…….kita ambe yg lemah……faqir ‘jiddang’ bak kata org ganu…..hehehe……KALAU ADA SALAH SILAP DRPD KM SENDIRI HARAP2 SAMA PERBETUL………SLAMAT TERIMA TARBIAH N BERAMAL……..MINUM AIR MASAK SOKMO DEH…….