Saturday, March 5, 2011

pandai VS istimewa

Seseorang pelajar berbeza dari segi pemikiran dan juga tingkah laku..pemikiran seorang pelajar normal tidak dapat dipertikaikan lagi..manusia termasuk anda diluar sana merupakan orang yang mampu mengenal baik dan buruk sesuatu. kiranya normal la tu. Berbeza dengan pelajar yang kita gelar mereka 'ISTIMEWA'.

Saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk berkenalan dengan golongan 'ISTIMEWA' ini.. terlalu banyak yang perlu saya belajar untuk berdepan dengan mereka. setiap hari pelajar ini akan membuatkan saya tersenyum dengan keletah mereka. mereka sentiasa positif. saya kagum dengan apa yang Allah taala kurniakan kepada mereka. Hati mereka suci..teringat saya pada kata2 seorang ustaz yang mengatakan bahawa golongan istimewa ini adalah golongan syurga..jadi asuhlah mereka dengan sebaik-baiknya.

Saya suka bersama mereka. Jika ditakdirkanAllah, saya ingin berbakti bersama2 golongan ini.

Tuesday, January 11, 2011

Cerita budak pandai (1)

Sudah lama saya tidak menulis, terlalu banyak kekangan yang tidak dapat di elakkan. Ditakdirkan Allah saya dapat menjejakkan kaki ke Puchong menimba ilmu disini serta memberi secebis ilmu yang tak seberapa kepada pelajar-pelajar...Aduhai kalut saya pada minggu Taaruf yang dijalankan di sekolah selama seminggu. Dalam fikiran saya, mesti saya akan menjadi kartun dihadapan student. Sudahnya loghat Kedah yang sebati dalam diri tak dapat dihilangkan. Seingat saya pada malam taaruf guru-guru, saya gementar sehingga terasa butir bicara saya tidak difahami oleh pelajar. Habislaaaa....(macam dah jadi Upin Ipin kat depan pelajar)...Ya Allah, malunya.

Al-kisahnya, pelajar-pelajar disini boleh dikategorikan pandai-pandai belaka.

bersambung bila saya dah rajin menulis (^_^).................

p/s: petang2 ni malas nak menulis