Monday, December 21, 2009





Seorang sahabat pernah menegur aku supaya meng'update' blog. Katanya paling koman seminggu sekali (trimas la sapa yang jadik sahabat aku tu..hehe). Oleh kerana itu,aku mengambil keputusan untuk menulis kembali.
Aku tak pandai menulis sebenarnya, kalau yang merapu2 bolehla jugak. Bukan tak membaca, tapi sesungguhnya aku bukan penulis terbaik. Aku tak pandai menggunakan ayat 'bombastik' seperti orang lain....
Tapi apa yang aku nak kongsikan disini, aku ada terbaca satu sinopsis dalam buku milenia (bulan Jun 2008,..nampak sangat aku ni ketinggalan zaman..huhu).filem yang bertajuk " The Kite Runner". Aku belum diberi kesempatan untuk menonton filem ini tapi pada aku filem ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Filem ini diangkat dari sebuah novel karya Khaled Hosseini dan mendapat sentuhan daripada seorang pengarah muda Marc Foster. Filem ini berkisar tentang watak Amir yang merupakan seorang anak Pashtun dari kabul. Amir berkawan baik dengan Hassan, anak kepada Ali yang merupakan etnik Hazara yang bekerja dibawah babanya.
Etnik Hazara merupakan etnik yang rendah darjatnya (realiti di Afghanistan). Sesuatu telah berlaku sehingga menyebabkan Amir cuba menyisihkan Hassan dari kamus hidupnya. Ayat yang paling menarik apabila aku membaca sinopsis yang ditulis oleh S.M Zakir ini ialah "menjadi diri sendiri dalam hakikat dirinya yang sebenar". Sebenarnya bukan mudah untuk kita (dalam konteks manusia) mengenali diri sendiri. Adakalanya kita terpaksa melalui satu zaman yang akan memberi impak untuk kita kenal siapa kita. Kita selalunya akan cuba menutup ego dengan mencipta sesuatu yang lain. Mencipta dunia yang hanya kita berada didalamnya dan kita kuncikan segala-galanya tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk memasukinya....
Kita perlu mengubah mana yang sepatutnya dan memperbaiki apa yang kurang."Sesuatu yang kita benci adakalanya terbaik untuk kita dan adakalanya sesuatu yang kita cintai bukanlah yang terbaik untuk kita"
Moga Allah masih mengizinkan aku untuk berubah, mengubah dan melakukan perubahan serta mencintai perubahan yang akan datang..(^_^)Kepada sahabat2, adik2 yang dikasihi dan disayangi, maaf andai selama ini banyak melukakan hati hampa semua sepanjang tempoh perkenalan kita. Doakan aku senantiasa istiqomah dalam perjuangan ni k..

No comments:

Post a Comment