Sunday, June 21, 2009

Ukhuwah Si Wonderpet.......

Telefon..telefon berbunyi..
Telefon..kami datang
Telefon …telefon berbunyi…
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya.
Disana…..

Kadangkala sesuatu mesej tidak perlu kepada bahasa yang indah,tidak perlu rayuan juga kasih sayang. Suka untuk saya mengupas cerita yang dekat dihati..(macam iklan Tv9 plak..hehe) setiap hari pada pukul 2.30 petang. Kisah 3 sekawan yang bukannya terdiri dari manusia tetapi seekor hamster(Lenny),kura-kura(Tuck) dan anak itik(miming). Unik sungguh “team” mereka. Team ini dinamakan sebagai Wonderpet. Team ini adakalanya berbeza pendapat tetapi mereka cuba mencari titik pertemuan yang sama agar misi menyelamat mereka berjalan lancar..( wonderpet..wonderpet kami datang,selamat anak kuda yang dalam kesusahan..kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah…hei woderpet yeee).

Mengapa saya bawakan kisah ini? Jika kita lihat kepada situasi sebagai manusia yan g mana banyak kita persoalkan tentang perbezaan pendapat. Adakalanya kita tidak dapat menerima pandangan sahabat yang berbeza dari kita. Sukar untuk saya nyatakan kerana kadang2 saya sendiri berada dalam situasi ini. Tak boleh menerima pandangan sahabat,sukar menerima kritikan dan sebagainya. Tapi saya sedar yang saya perlu belajar untuk menerima sahabat yang berbeza pandangan dari saya. Saya perlu belajar menghargai, meraikan pandangan mereka, bertolak ansur dan sebagainya. Pesan seorang sahabat, “kita perlu meraikan pandangan orang lain tetapi bukan mencantas apa yang mereka fikirkan”. Oleh itu, bukalah ruang suara untuk sahabat2 lain memberikan pandangan dan meraikan pandangan mereka . moga dengan itu, bibit2 ukhuwah yang mantap seperti wonderpet akan terpancar di bumi ini.

2 comments:

  1. tidak semua faham seperti yg kita faham..ada perkara yg kita tahu dan org lain tak tahu..ada perkara yg kita tidak tahu tp orang lain tahu..ada perkara yg kita semua tahu dan ada perkara yg tidak ada seorang pun yang tahu..itulah kehidupan..terkadang kita tersilap menilai seseorang dari luaran dek kerana kejahilan dan kelemahan kita sebagai manusia, hamba Allah yg dhaif..salam ukhuwah.. *apa yg penting, kerjasama!!! tagline mase nak naik MPP0809..huhuhu

    ReplyDelete
  2. nak ajak basirah jadi geng wonderpet.cari sorang lagi...

    ReplyDelete