Saturday, May 1, 2010

Jumpa lagi






pejam celik pejam celik, dihitung-hitung hampir 5 bulan berpraktikal. sudah sampai masanya aku meninggalkan alam praktikal yang bakal tamat 4 hari lagi.


satu pengalaman yang menyeronokkan bila mampu bersama-sama dengan masyarakat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat luar dari kampus.


satu pengalaman yang aku tidak akan dapat semasa berada di bilik kuliah atau tutorial.


ya, berbeza sekali perasaannya.


apa-apa pun, selamat tinggal dunia praktikal dan aku bersama sahabat2 bakal melalui alam yang baru.

Thursday, April 1, 2010

Bahagia....



Terima kasih ya Allah.....(^_^)

Monday, March 1, 2010

Senyumlah.....




Senyuman adalah sedekah, kemanisan wajah adalah anugerah Rabbaniyah dan keceriaan wajah adalah pemberian Ilahiyah, akan tetapi yang beruntung ialah orang yang menzahirkannya pada raut wajahnya, mendahuluinya adalah tanda kasih, sedekah dan tanda keikhlasan.
Rasulullah SAW bersabda:
"Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah satu sedekah bagimu."
Betapa mulia risalah ini yang menjadikan keceriaan wajah sebagai amal soleh hamba yang diberi pahala kepadanya, dan sebaliknya bermasam muka adalah tanda kesempitan jiwa, keberatan roh dan kebengkokan akhlak.
Sesungguhnya orang yang bermasam muka mengutuskan kepada kamu risalah kesialan, mengirimkan kepada kamu telegraf peringatan dan kewaspadaan, dan menginginkan agar kamu mengetahui dia tidak menyenangi kamu.
Kita perlu kepada senyuman, senyuman rahmat kepada ibu bapa, senyuman penghormatan kepada orang alim, senyuman belas kasihan kepada kanak-kanak, senyuman cinta kepada suami atau isteri, senyuman keikhlasan kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan.
Biarlah kita tersenyum, mari kita tinggalkan bermasam muka kerana Rasul kita Muhammad s.a.w sentiasa tersenyum, ceria wajah dan akhlak mulia. Oleh itu, Allah telah berfirman yang bermaksud
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" (Al-Qalam:4)
sumber:
Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Assalamualaikum.

Sunday, February 7, 2010

Perjuangan.......





SAHABATKU





SAHABAT....Apa sebenarnya nilai seorang sahabat yang baik dan juga sahabat yang jahat.eh!ada nilai jugak ke sahabat yang jahat??..jawapanku mudah saja,ya tentu ada. Bila kita terlalu mengungkapkan perkataan sahabat,rata-rata dari kita hanya memikirkan sahabat yang baik umpama malaikat saja yang layak digelar sahabat. Tetapi bila fiilnya berbeza,lantas dia tidak akan digelar sahabat. Sahabat yang sering menyakiti itulah kadang-kadang menunjukkan siapakah kita yang sebenarnya. teringat satu kata-kata " Sahabat yang melakukan kesalahan adalah lebih baik dari sahabat yang sentiasa menunjukkan kebaikan kepada kita". kenapa kata-kata yang saya kira agak kejam dilontarkan? jawapannya mudah saja. Nilai seorang sahabat bukanlah hanya mengiakan kata-kata kita tetapi lebih daripada itu. Nilainya sahabat bila mampu menegur sahabatnya (tetapi sahabat seperti ini lebih dilabelkan mulut jahat dan sebagainya) hanya kerana 'tidak sekepala' dan banyak ber'leter'. masing-masing mempunyai pandangan tersendiri bagaimana menilai seseorang yang boleh dijadikan sahabat..sahabat umpama cermin kepada kita.


Inilah yang saya gelar sebagai sahabat,yang tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat walaupun kadangkala sering menunjukkan kekurangan tapi inilah sahabat saya.katanya....


"jangan berlari jika kaki kian rapuh,biar tegar terus bertatih agar impian bisa kau sentuh.aku senyum kerana kau senyum padaku.jangan berhenti berikan senyuman itu.aku berdiri kerana kagum keberaniaanmu.aku yakin kerana kau berkeyakinan padaku.jangan rebah kerana aku pinjam semangatmu..semoga Allah meredhaimu sahabatku..."