Saturday, July 4, 2009

Perjalanan yang jauh...

Hidup umpama sebuah perjalanan jauh yg perlu ditempuh oleh kita. adakalanya kita mampu untuk menghadapi dugaan atau ujian tetapi adakalanya kita akan tewas dek x
tahan dgn ujian. Bukan mudah bagi mereka yg berhadapan dgn ujian yg menyesakkan
nafas dan menyakitkan kepala. segalanya bukan mudah. Apabila kita berhadapan dgn
ujian, kita akan terasa seolah-olah tiada siapa yg dapat akan memahami dan dunia
terasa begitu sempit. Kita seringkali bermonolog sendirian "kenapa aku yg ditimpa
ujian?apa yg telah aku lakukan sehingga dipaksa untuk menerima sesuatu yg bukan
kehendakku?" dan lebih dahsyat lagi bila kita menyalahkan takdir hidup dan ALLAH
kerana datangkan ujian kepada kita. kita bukanlah orang yg sepatutnya menerima semua
ini...

Sungguh, kita akan menyalahkan apa yg berlaku. bohonglah jika kita katakan yg kita
tidak akan mempersoalkan perkara ini. jika inilah yg berlaku pada diri kita,
berdoalah kepada ALLAH

" Ya ALLAH, jadikanlah aku redha menerima keputusanMu, dan berkatilah apa yg
ditakdirkan untukku sehingga aku tidak ingin mempercepat apa yg Engkau lambatkan dan
memperlambatkan apa yg Engkau segerakan"-HR IBNU UMAR.

Semoga setiap yg kita lakukan mendapat redha ALLAH. perjalanan yg jauh ini biarlah
dihiasi sejuta bunga-bunga pengalaman yg bermanfaat. Selaklah dan hayati sirah
Rasulullah SAW kerana apa yg kita lalui, sudah tersingkap didalamnya. mamahami dan
menghayati sirah itulah yg wajar kita lakukan sepertimana saranan Rasulullah kepada
sahabat yg mengadu tidak dapat menahan penyeksaan dari kaum quraisy mekah.Rasulullah
mengatakan bahawa umat islam terdahulu lebih dahsyat siksaannya berbanding yg terjadi
pada diri mereka. Rasulullah yg merupakan kekasih ALLAH juga didatangkan ujian
apatah lagi kita. Berbahagialah kita kerana ALLAH masih menyayangi kita. perjalanan
kita masih jauh. kata seorang sahabat, bila kita diuji, kita dapat menilai siapa
diri kita...

Buat sahabat seperjuangan...
"aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu...jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
maka hilanglah cintaku padamu"-IMAM NAWAWI

Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan syurga impian...

realitinya, perjalanan kita masih jauh.....


p/s

sekadar coretan, tidak bermaksud apa2..

No comments:

Post a Comment