Tadi aku bersama2 seorang sahabat melawat projek telur ayam yang diuruskan oleh kakakku. walaupun kakakku hanya mengambil telur untuk dianalisis, tetapi dia juga bertanggungjawab untuk bela ayam..sampai aku diladang, terdetik juga di hati "macam2 perangai ayam2 ni". sabar ja la. ada yang sedang mematuk serbuk kayu, berkokok dalam reban dan sebagainya. kakakku mengalihkan guni yang berisi serbuk kayu..kami bertiga terkejut kerana dalam timbunan serbuk kayu itu terdapat tikus tetapi sudah tidak bernyawa lagi. terdapat ulat2 yg banyak..gelinya.
kakakku yang berniat untuk memberi makan kepada ayamnya terpaksa melupakan hasrat murninya itu. bercerita tentang ayam ataupun binatang2 yang dibela, mereka ini mempunyai disiplin diri yg tinggi(maksudnya ayam, lembu dll). lembu contohnya jika setiap hari diberi makan pada pukul 9, jgnlah pandai2 nak beri makan pukul 6,7,8,10 dan sebagainya. jika diberi sekalipun, mereka tidak akan makan kerana sudah biasa diajar begitu.
berbalik kepada cerita ayam, ayam yg dibela oleh kakakku terdiri dari jenis ayam kampung dan ayam daging. menurutnya juga, ayam kampung lebih lasak. ayam kampung mampu survive sendiri. berbeza dengan ayam daging yg lebih bergantung kepada 'tuan'. ayam kampung lebih lasak dari ayam daging. apa yang diceritakan bukanlah untuk mem'promosi'kan ayam kampung atau sebagainya.
apabila diamati sebenarnya, manusia juga terdiri dari jenis ayam kampung dan jenis ayam daging. aku tidak menyamakan manusia dan ayam(harap maklum). manusia juga mempunyai perangai yang berbeza. ada golongan yang mampu hidup berdikari, lasak, sabar dengan ujian dan sebagainya. begitu juga sebaliknya.
tulisan ini bukanlah untuk memuji ayam kampung atau sebaliknya. ini sekadar cerita yang tidak memberi apa2 maksud.
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...
ReplyDeleteharap termasuk dalam kalangan manusia 'ayam kampong'.hehehe...