Saturday, March 5, 2011

pandai VS istimewa

Seseorang pelajar berbeza dari segi pemikiran dan juga tingkah laku..pemikiran seorang pelajar normal tidak dapat dipertikaikan lagi..manusia termasuk anda diluar sana merupakan orang yang mampu mengenal baik dan buruk sesuatu. kiranya normal la tu. Berbeza dengan pelajar yang kita gelar mereka 'ISTIMEWA'.

Saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk berkenalan dengan golongan 'ISTIMEWA' ini.. terlalu banyak yang perlu saya belajar untuk berdepan dengan mereka. setiap hari pelajar ini akan membuatkan saya tersenyum dengan keletah mereka. mereka sentiasa positif. saya kagum dengan apa yang Allah taala kurniakan kepada mereka. Hati mereka suci..teringat saya pada kata2 seorang ustaz yang mengatakan bahawa golongan istimewa ini adalah golongan syurga..jadi asuhlah mereka dengan sebaik-baiknya.

Saya suka bersama mereka. Jika ditakdirkanAllah, saya ingin berbakti bersama2 golongan ini.