Sunday, June 28, 2009

Nak balik KEDAH!!!

bosannya..rasa nak teriak(menangis) pun ada.baru2 ni adikku yg belajaq dikedah hantaq gambaq anak kucing. rupanya putih(nama kucing kami)selamat melahirkan anak.nak balik la.cemuih dok jauh2 ni.

nak balik jumpa mak,k.pizah,abang,abg chik dan adik.rindu kat depa.huhu

Sunday, June 21, 2009

Ukhuwah Si Wonderpet.......

Telefon..telefon berbunyi..
Telefon..kami datang
Telefon …telefon berbunyi…
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya.
Disana…..

Kadangkala sesuatu mesej tidak perlu kepada bahasa yang indah,tidak perlu rayuan juga kasih sayang. Suka untuk saya mengupas cerita yang dekat dihati..(macam iklan Tv9 plak..hehe) setiap hari pada pukul 2.30 petang. Kisah 3 sekawan yang bukannya terdiri dari manusia tetapi seekor hamster(Lenny),kura-kura(Tuck) dan anak itik(miming). Unik sungguh “team” mereka. Team ini dinamakan sebagai Wonderpet. Team ini adakalanya berbeza pendapat tetapi mereka cuba mencari titik pertemuan yang sama agar misi menyelamat mereka berjalan lancar..( wonderpet..wonderpet kami datang,selamat anak kuda yang dalam kesusahan..kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah…hei woderpet yeee).

Mengapa saya bawakan kisah ini? Jika kita lihat kepada situasi sebagai manusia yan g mana banyak kita persoalkan tentang perbezaan pendapat. Adakalanya kita tidak dapat menerima pandangan sahabat yang berbeza dari kita. Sukar untuk saya nyatakan kerana kadang2 saya sendiri berada dalam situasi ini. Tak boleh menerima pandangan sahabat,sukar menerima kritikan dan sebagainya. Tapi saya sedar yang saya perlu belajar untuk menerima sahabat yang berbeza pandangan dari saya. Saya perlu belajar menghargai, meraikan pandangan mereka, bertolak ansur dan sebagainya. Pesan seorang sahabat, “kita perlu meraikan pandangan orang lain tetapi bukan mencantas apa yang mereka fikirkan”. Oleh itu, bukalah ruang suara untuk sahabat2 lain memberikan pandangan dan meraikan pandangan mereka . moga dengan itu, bibit2 ukhuwah yang mantap seperti wonderpet akan terpancar di bumi ini.

Wednesday, June 17, 2009

Ayam oh ayam...

Tadi aku bersama2 seorang sahabat melawat projek telur ayam yang diuruskan oleh kakakku. walaupun kakakku hanya mengambil telur untuk dianalisis, tetapi dia juga bertanggungjawab untuk bela ayam..sampai aku diladang, terdetik juga di hati "macam2 perangai ayam2 ni". sabar ja la. ada yang sedang mematuk serbuk kayu, berkokok dalam reban dan sebagainya. kakakku mengalihkan guni yang berisi serbuk kayu..kami bertiga terkejut kerana dalam timbunan serbuk kayu itu terdapat tikus tetapi sudah tidak bernyawa lagi. terdapat ulat2 yg banyak..gelinya.


kakakku yang berniat untuk memberi makan kepada ayamnya terpaksa melupakan hasrat murninya itu. bercerita tentang ayam ataupun binatang2 yang dibela, mereka ini mempunyai disiplin diri yg tinggi(maksudnya ayam, lembu dll). lembu contohnya jika setiap hari diberi makan pada pukul 9, jgnlah pandai2 nak beri makan pukul 6,7,8,10 dan sebagainya. jika diberi sekalipun, mereka tidak akan makan kerana sudah biasa diajar begitu.


berbalik kepada cerita ayam, ayam yg dibela oleh kakakku terdiri dari jenis ayam kampung dan ayam daging. menurutnya juga, ayam kampung lebih lasak. ayam kampung mampu survive sendiri. berbeza dengan ayam daging yg lebih bergantung kepada 'tuan'. ayam kampung lebih lasak dari ayam daging. apa yang diceritakan bukanlah untuk mem'promosi'kan ayam kampung atau sebagainya.


apabila diamati sebenarnya, manusia juga terdiri dari jenis ayam kampung dan jenis ayam daging. aku tidak menyamakan manusia dan ayam(harap maklum). manusia juga mempunyai perangai yang berbeza. ada golongan yang mampu hidup berdikari, lasak, sabar dengan ujian dan sebagainya. begitu juga sebaliknya.


tulisan ini bukanlah untuk memuji ayam kampung atau sebaliknya. ini sekadar cerita yang tidak memberi apa2 maksud.

Friday, June 12, 2009

Nilainya Ukhuwah bila.....

Pernah dengar satu iklan kat tv,rasanya camni kot "Aiman ada kawan....( x ingat sgt tapi rasa2nya camtulaa). bukan nak cerita pasal aiman tapi nak bagitau betapa nilainya ukhuwah bila....

dapat mesej dari seorang sahabat...
" kasih sayang itu sesuatu yg pasti bila ada yg bertamu dihati
kasih sayangitu sesuatu yg suci bila hati menyayangi kerana Ilahi
kasih sayang itu sesuatu yg dinanti bila ia sesuatu yg sejati...
kasih sayang itu sesuatu yg menyinari bila iman dan taqwa bersulam dihati...
dan..
kasih sayang itu sesuatu yg mekar mewangi bila dirimu disana diredhai yg kekal abadi.

jadi, hargailah sahabat yg ada. kerana ALLAH...